PUSH

Saturday, December 31, 2011

KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.
Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.
Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.
Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.
Harian Metro


... itulah antara petikan yang niko amek dari harian metro , sungguh mengejut kan . selain itu pengikut artis tersebut tidak boleh menunaikan solat jugak tidak boleh berpuase , terlampau lah menyimpang kan ? bukan saja pengikut nye Isteri dan anak2 nye jugak tidak boleh , kalau buat jugak mereka akan di marahi dah di tengking , begitulah yang dicerita kan oleh Fatimah , 30, nasib lah baik pengikut nye belum mencecah 20 oarang kan ? isk2 , niko pun tak tau lah , mcm2 terjadi bila dunia dah nak akhir zaman nie , itu jela . 

No comments:

Post a Comment