PUSH

Saturday, December 31, 2011

Penari Tiang Atau Puteri Tiang

KUALA LUMPUR – Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang mungkin boleh memikirkan ‘kerjaya’ lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut selepas pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu.
Terbaharu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggempur sebuah pub di Taman Maluri di sini yang turut menyajikan tarian tiang berunsur seks kepada pengunjung pada pukul 1.45 pagi.
Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 55 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) tempatan yang disyaki pelayan dan penari tiang berpakaian seksi berusia di antara 17 dan 40 tahun. Mereka ditugaskan untuk melakukan aksi mengghairahkan di pub itu.
Turut ditahan ialah 65 pelanggan termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebelum dibebaskan sebaik polis berpuas hati dengan keterangan masing-masing.
Seperti di kelab malam di Pandan Perdana, pelanggan di pub berkenaan yang berminat dengan mana-mana penari boleh membeli kalungan bunga, mahkota atau jubah khas pada harga di antara RM20 dan RM1,000 untuk diberikan kepada gadis-gadis yang berkenan di hati.
Layanan istimewa pula menanti pelanggan yang memberikan tiga barang itu kepada penari.
Modus operandi tersebut kelihatan hampir sama di setiap premis yang menawarkan perkhidmatan gadis penari tiang dan ia mendapat sambutan hangat pengunjung.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, pub tersebut beroperasi sejak tiga tahun lalu dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

... hahahaha !!!! i like this tittle , coz tajuk tulah niko start beli metro , heheheee ! mmg gempak , mesti tokey pub tu salu tengok citer org putih yang ade penari tiang b*gel , hehehehee !
OHOR BAHRU – Penduduk Islam di Taman Desa Jaya, dekat sini, gempar apabila sembilan kepala babi ditemui di luar pintu Masjid Al Falah, di sini, dalam dua kejadian berasingan. Dalam kejadian pertama, empat kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui oleh beberapa penduduk di pintu bahagian tepi masjid ketika datang ke rumah ibadat itu untuk membersihkan kawasan sekitarnya, jam 5 petang kelmarin.
Susulan penemuan, jawatankuasa masjid membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Belum pun reda dengan kejadian pertama, jemaah masjid dikejutkan dengan penemuan lima lagi kepala haiwan itu diletakkan di pintu pagar hadapan mas­jid kira-kira jam 5.10, pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Falah, Kasim Darim, 62, berkata, pengurusan masjid kesal dengan tindakan kumpulan atau individu yang menyentuh sensitiviti masyarakat di kawasan itu.
Beliau berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.
“Sebelum ini, pihak kami (masjid) tidak mempunyai­ masalah dengan masyarakat setempat dan saya tidak menuduh sesiapa yang melakukan perkara ini.
“Namun bagi kami, jika ada masalah, kita boleh berunding tanpa perlu membuat perkara seperti ini. Saya kecewa dengan sikap kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Kassim berkata, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.
Sementara itu, Biro Keselamatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jaya, Mohd Khairi Abdul Latip menyifatkan perbuatan itu menggugat keharmonian masyarakat setempat.
“Perbuatan ini boleh dianggap sangat biadab kerana tidak menghormati masyarakat di sini.
“Kami berharap agar pihak polis dapat menyiasat dan mencari dalang yang melakukan perbuatan yang menghina agama ini,” katanya.
Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, me­ngadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

... ni pun niko amik dari metro , gile punye kerja lah kan , sape lah buat macam tu and ape motif die buat macam tu langsung niko tak faham ><' , dah kena tangkap kerje kan die cukup2 , geram betul niko dengan orang macam tu tau , terus terang gatu kalau pun betul die menyampah sangat dgn Islam tak payah lah buat sampai macam tu kan ? gile punye olang la lu ! adehhh~~~ , nasib niko duk kl kalau niko duk johor tu orang jumpe die tau lah niko kerja kan , eeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrr !!! i hate Anti Islam walau pun niko bukan Islam :) 
KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.
Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.
Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.
Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.
Harian Metro


... itulah antara petikan yang niko amek dari harian metro , sungguh mengejut kan . selain itu pengikut artis tersebut tidak boleh menunaikan solat jugak tidak boleh berpuase , terlampau lah menyimpang kan ? bukan saja pengikut nye Isteri dan anak2 nye jugak tidak boleh , kalau buat jugak mereka akan di marahi dah di tengking , begitulah yang dicerita kan oleh Fatimah , 30, nasib lah baik pengikut nye belum mencecah 20 oarang kan ? isk2 , niko pun tak tau lah , mcm2 terjadi bila dunia dah nak akhir zaman nie , itu jela . 

Wednesday, December 7, 2011

pada 5 disember 2011 , kuala lumpur telah dilanda ribut yang sangat dangsat , wawa sendiri pun takut tau . huhuhuu ...dah macam nak kiamat . rasa 
takut masa tu Tuhan jela tahu .


KUALA LUMPUR - Beberapa pengguna jalan raya cemas apabila sebuah papan iklan gergasi di persimpangan berhampiran Kompleks Desa Kepong di sini tumbang menyembah bumi ketika hujan lebat dan ribut kencang yang melanda ibu negara hampir sejam petang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, tiang papan iklan itu patah lalu tumbang ke arah jalan raya semasa warga kota mula berpusu-pusu untuk pulang ke rumah.
Bagaimanapun, semua pengguna jalan raya di laluan itu menarik nafas lega apabila papan iklan itu tumbang ke bahagian bahu jalan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian tersebut.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sehingga pukul 8 malam pihaknya menerima lebih daripada 10 laporan berhubung kejadian pokok tumbang termasuk tiga buah kenderaan yang dihempap pokok di Kepong.
"Pokok tersebut dikatakan tumbang selepas hujan lebat yang disusuli angin kencang selama hampir sejam sejak pukul 6 petang hari ini (semalam).
"Selain Kepong, kita turut menerima laporan di Wangsa Maju, Jelatek, Kampung Baru, Mont Kiara serta Taman Koperasi Polis di sini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, hujan lebat itu juga telah menyebabkan beberapa jalan di Kepong dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan.