PUSH

Monday, January 2, 2012

Bayi lelaki berkepala 2

IHAT...bayi berkepala dua yang dilahirkan di Brazil.
 
BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.
Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.
Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.


Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.
Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.
Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.
“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.
“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.
Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.
“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.
Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini. Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.
Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. – Agensi
 

Kaki ‘gajah’ dipotong tumbuh semula

PENYAKIT LUAR BIASA...jangkitan kuman menyebabkan kaki Mandy membesar melampau.


LONDON: Seorang wanita yang dipotong satu daripada kakinya kerana membesar sehingga mencapai berat lebih 31.5 kilogram kini cemas apabila organ itu kembali tumbuh dengan pantas.
Mandy Sellars dari Accrington, Lancashire, menghidap penyakit yang jarang berlaku menyebabkan kedua-dua kakinya membesar melampau, manakala tubuhnya kekal seperti biasa.

Pemeriksaan doktor sebelum itu mendapati, kaki kiri Mandy, 36, dijangkiti kuman dan boleh mengancam nyawanya jika tidak dibuang.
Bagaimanapun, 22 bulan selepas menjalani pembedahan itu, baki kaki kirinya mula tumbuh dan membengkak.
Kata Mandy, dia memang berharap pembedahan membuang sebahagian daripada kaki kiri itu akan membolehkan keadaannya stabil.
“Tetapi hati saya berkata, ia akan kembali semula,” katanya.
Mandy berkata, dia mula menghadapi masalah sama “hampir serta-merta” dan ia menyukarkannya memakai kaki palsu.
Tidak lama kemudian, kata Mandy, kakinya menjadi terlalu besar dan berat sehingga ia hampir-hampir menyebabkan kaki palsunya pecah.
Kini kaki Mandy terus membesar dengan berat hampir 32 kilogram dan ukur lilit satu meter.
Bekas sukarelawan pertubuhan kebajikan haiwan itu berharap masalah itu dapat diatasi segera.
Sementara menunggu keadaannya pulih, Mandy berjuang untuk sentiasa berfikiran positif dan meneruskan hidupnya seperti biasa.
Penyakit dialami Mandy agak sama dengan sindrom Proteus yang menjangkiti Man Joseph Merrick sehingga dia digelar Lelaki Gajah.
Kuman Proteus boleh menyebabkan anggota badan manusia membesar.
Dianggarkan hanya ada kira-kira 120 orang di seluruh dunia mengalami masalah dihadapi Mandy. – DM

Dua beradik azab dirantai bapa

DUA kanak-kanak ditinggalkan oleh bapa mereka dalam tandas sebuah rumah kedai di Butterworth semalam.


BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.
Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.


Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.
Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.
Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.
Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.
Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.
Kosmo

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441
Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu! Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/


Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini…bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita. Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan.
Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]
Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya…memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011. Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article
Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang! Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html
Ini saja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca semua. Terpulang untuk mempercayainya atau tidak. Saya bukanlah dari background ekonomi, sasterawan, mahupun ahli sejarah.

Tips lahirkan zuriat soleh

KELUARGA BAHAGIA…ibu bapa perlu pamerkan akhlak dan budi terpuji kepada anak yang masih dalam proses membesar kerana suasana positif itu akan meresapi ke dalam jiwa dan sanubari. – Gambar hiasan
SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengharapkan perkahwinan yang dibina segera dikurniakan cahaya mata bagi menjadi pelengkap hubungan kasih sayang antara mereka.


Jika berhasil, panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana Dia ‘memilih’ kita untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dalam kandungan itu supaya menjadi insan berguna.
Bagi pasangan yang barangkali sudah bertahun menantikan kehadiran cahaya mata namun rezeki belum berpihak kepada mereka percayalah, itu sebahagian ujian Allah dan terimalah ketentuan itu dengan penuh reda.
Gunakan kesempatan yang ada untuk terus berdoa dan berusaha, moga-moga satu hari nanti Allah perkenankan permohonan kita menimang cahaya mata.
Ketika itu, diharapkan kita sudah bersedia menggalas amanah Allah itu dengan sempurna. Setiap ibu bapa mengharapkan anak mereka bukan saja dapat membantu di dunia bahkan diharap membantu ibu bapanya hingga ke akhirat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila sudah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.”
Sekiranya mengidamkan zuriat yang terbaik dan soleh, setiap ibu bapa mesti sentiasa berdoa kepada Allah yang menjadi amalan nabi dan rasul.
Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau sentiasa Maha Mendengar doa permohonan.” (Surah Ali-Imran ayat 38).
Dalam ayat itu, nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t.
Malah proses melahirkan anak soleh juga perlu mengambil kira adab sebelum melakukan hubungan intim bersama isteri supaya terhindar daripada gangguan syaitan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Aspek pemberian nama kepada bayi juga perlu diberi perhatian serius. Pastikan ibu bapa memberikan nama yang indah dan mempunyai makna yang baik selain sedap di dengar dan mudah disebut.
Daripada Abu Darda’ berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Nama yang dipanggil kepada anak itu adalah doa buat mereka dan mewakili diri serta kehidupannya. Jangan salah memberi nama sehingga membawa maksud keji, hina dan buruk maksudnya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berilah nama dengan nama-nama Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain).
Anak juga perlu diberi penekanan terhadap tuntutan ibadah kerana kesempurnaan ibadah melambangkan sifat kepatuhan serta ketaatan kepada Allah.
Ibu bapa juga perlu mempamerkan akhlak dan budi terpuji kepada anak-anak yang masih dalam proses membesar kerana suasana baik dan positif itu akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari.
Soal halal haram rezeki amat mempengaruhi tindakan sikap dan tingkah laku anak. Pastikan apa saja bentuk rezeki termasuk wang, makanan atau minuman yang dibawa pulang ke rumah datangnya daripada sumber halal, terbaik lagi suci.
Malah sumber syubhah perlu dijauhi. Rezeki daripada sumber haram pastinya tidak membawa keberkatan malah ia akan menjadi darah daging yang merosakkan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, makanlah apa-apa di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah ayat 168).
Mulakan langkah pertama mendidik anak dengan kembali menghayati ajaran Islam serta menghidupkan persekitaran Islamiah dalam rumah tangga.
Pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Roslan Che Rus berkata, ciri-ciri anak soleh antaranya taat kepada Allah, taat kepada ibu bapa dan menjadikan Islam sebagai pegangan.
“Jika anak soleh menjadi perhiasan kepada kehidupan di dunia dan menyejukkan mata memandang, anak toleh pula membawa maksud bertentangan.
“Anak toleh ialah anak yang jahat, tidak mentaati Allah serta ibu bapa serta sering menimbulkan masalah kepada masyarakat selain memusnahkan kebahagiaan rumah tangga,” katanya.
Beliau berkata ibu bapa atau bakal bapa perlu sentiasa memainkan peranan mereka terutamanya menyuburkan amalan terbaik yang mampu memberikan kesan langsung kepada jiwa anak-anak untuk menjadi insan soleh dan solehah.
“Melahirkan serta memiliki anak soleh lebih penting daripada menumpukan sepenuh masa mencari dan mengumpul harta kekayaan dunia.
“Tiada gunanya sepasang suami isteri yang sudah memiliki segala-galanya, harta melimpah ruah, tetapi gagal membentuk peribadi anaknya yang diselubungi pelbagai masalah moral.
“Istilah anak toleh atau derhaka ini pastinya menghampakan impian dan harapan kedua ibu bapanya malah tidak membahagiakan kehidupan orang tuanya di dunia dan di akhirat,” katanya.
Beliau berkata, anak soleh tidak akan putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa mereka meskipun mereka sudah pergi menghadap Ilahi.
“Itulah yang amat diharapkan setiap ibu bapa apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Doa yang sentiasa dipanjatkan anak yang soleh itu pastinya menjadi bekalan berkekalan buat mereka.
“Nabi ada bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
“Anak soleh bukan dapat dilahirkan secara ‘automatik’ sebaliknya bergantung kepada pendidikan yang bermula sejak daripada pemilihan calon isteri atau suami lagi,” katanya.
Roslan berkata, pendidikan sempurna adalah asas paling utama untuk melahirkan anak yang soleh selain perlu disesuaikan dengan suasana dan zaman mereka.
“Anak-anak perlu diberikan didikan sesuai dengan peringkat umur mereka dan suasana semasa di samping perlu melihat bentuk cabaran yang sedang dihadapi.
“Nabi Muhammad pernah bersabda, didiklah anak kamu mengikut peredaran zaman kerana anak kamu akan membesar pada zaman lain dengan cabaran berbeza dengan cabaran hari ini,” katanya.
Ahmad Faisol berkata, memiliki anak soleh bermula sejak daripada pemilihan calon pasangan lagi iaitu berdasarkan kepada empat perkara agama, kekayaan, kecantikan dan keturunan.
“Rasulullah menyarankan lelaki yang mahu berkahwin memilih wanita atas sebab agama kerana pastinya ia usaha awal untuk memiliki anak soleh.
“Besar kemungkinan, jika seseorang memilih pasangan yang tidak bagus sikap, akhlak dan peribadinya kemungkinan anak yang mereka miliki mempunyai sikap sama,” katanya.
Beliau berkata, ramai pasangan melakukan kesilapan kerana hanya berdoa meminta dikurniakan anak, tetapi tidak ramai yang meminta dikurniakan anak soleh.
“Setiap pasangan perlu sentiasa berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh. Justeru pendidikan awal daripada ibu bapa kepada anak mereka amat penting dalam menentukan baik buruk hala tuju anak-anak.
“Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
“Tidak cukup ibu bapa hanya berbangga anak mereka mampu memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan kerana yang lebih penting daripada itu ialah mereka turut melakar kecemerlangan kerana menjiwai watak anak soleh,” katanya.
Ahmad Fisol berkata, bukan bermakna ibu bapa yang mempunyai anak derhaka perlu disisihkan mereka begitu saja namun anak itu perlu diberikan peluang serta bimbingan untuk berubah.
“Sebenarnya itu sebahagian ujian Allah kepada hambanya supaya mereka terus gigih memberi galakan serta membantu anak mereka kembali ke pangkal jalan.
“Setiap ibu bapa disarankan tidak mudah putus harapan dan semangat sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai contoh ikutan kepada anak-anak,” katanya.

Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, malam semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat bahawa terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan, Jais menghatar anggota penguatkuasaannya bersama polis bagi menjalankan siasatan.


“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.
“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.
Beliau berkata pada majlis itu, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapanya ada diselitkan perkataan “Quran” dan “pray”.
“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
Larikan diri
“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.
Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam yang terbabit dengan majlis itu akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Semua mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.
Menurutnya, majlis itu bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain

JAIS tahan 10 belia Melayu minum arak

SALAH seorang penguat kuasa JAIS mengambil butiran pengenalan seorang pengunjung pada Ops Mungkar di Petaling Jaya awal pagi semalam.

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan 10 lelaki beragama Islam kerana kesalahan meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di sini pada awal pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.

“Jadi, kita telah menyerbu dua buah premis hiburan dan menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita.
“Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak dan akan didakwa mengikut peraturan yang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hasan yang mengetuai sendiri operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi itu memberitahu, kesemua individu terbabit takan diberi kaunseling khas di pejabat JAIS di Shah Alam pada 11 dan 12 Januari ini.
Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.

.... niko amek kt metro nie , . ape nak jadi kan belia zaman sekarang , isk isk isk =[